Yahudi di Asia Timur : Yahadut Mizrah

Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
Kaifeng Jews sedang membaca Torah melalui 'Chair Of Moses'

Barangkali tidak ramai yang tahu mengenai kisah ini meskipun terdapat banyak rekod sejarah yang menunjukkan kemasukan bangsa Yahudi ke dalam kelompok masyarakat Asia melalui proses asimilasi. Tetapi ada juga yang sudah lama tahu mengenai perkara ini.

Asimilasi merujuk kepada proses perkembangan sesebuah bangsa yang berkembang melalui perkahwinan (hubungan seksual) sesuatu bangsa itu dengan bangsa asal di sesebuah wilayah yang mereka duduki atau menumpang. Hasil daripada asimilasi, budaya dan sikap bangsa yang berasimilasi dengan bangsa asal di sesebuah wilayah itu akan diwariskan kepada anak-anak mereka yang lahir daripada perkahwinan campur itu. Contohnya ialah bangsa Eropah (Portugis) yang berasimilasi dengan bangsa Melayu yang seterusnya melahirkan bangsa Serani (Eurasia) seperti yang terdapat di Melaka hari ini.

Bangsa Serani hasil dari asimilasi

Sejarah perjalanan bangsa Yahudi telah direkodkan dalam banyak jenis rekod termasuk teks. Ia termasuk rekod dalam kitab-kitab suci mereka sendiri dan juga rekod-rekod sejarah moden yang ada pada hari ini. Perjalanan bangsa Yahudi adalah satu catatan sejarah yang panjang dan kompleks, sebahagiannya pula adalah sejarah yang terahsia.

Related

Di Ethopia sebagai contoh (sekitar sebelum tahun 500 Masihi), bangsa Yahudi telah berasimilasi dengan bangsa Ethopia dan melahirkan anak-anak kacukan yang menjadi bangsa Yahudi berkulit hitam (Black Jews). Kemudian selepas era moden, bangsa Black Jews itu pula berhijrah ke Eropah serta Amerika dan berasimilasi pula dengan orang kulit putih di sana dan melahirkan Mulatto Jewish. Malah di Jamaica, bilangan Black Jewish di sana sangat ramai dan mereka mula menyesatkan orang kulit hitamJ amaica dengan munculnya agama Rastafarian yang berkiblatkan Bukit Zion.

Marcus Garvey, pengasas Rastafarian

Bukit Zion yang menjadi kiblat kepada penganut Rastafarian

Cukup dengan memandang asimilasi Yahudi dengan bangsa-bangsa lain di dunia bahagian sebelah sana. Ia hanya sekadar untuk memperlihatkan kepada anda mengenai kewujudan bangsa-bangsa yang terlahir daripada darah Yahudi yang dikesankan daripada perkahwinan antara bangsa Yahudi dengan bangsa lain.

Orang Yahudi memberi banyak gelaran kepada �bangsa-bangsa baru� yang lahir daripada darah mereka. Mereka juga telah lama hadir ke daerah Asia untuk melahirkan bangsa-bangsa baru ini. Bangsa-bangsa baru berdarah Yahudi itu pula mewarisi sikap mereka yang mengejar keuntungan dunia dan sebagai musuh kepada Islam. Antara bangsa baru berdarah Yahudi di Asia yang mereka beri nama ialah bangsa Yahadut Mizrah (atau dikenali sebagai Kaifang Jews). Mereka menamakan keturunan campuran mereka di salah sebuah wilayah di Asia sebagai Yahadut Mizrah.

Kaifang Jews (gambar diambil lewat abad ke-19 atau mungkin awal abad ke-20)

Malah, bangsa Yahadut Mizrah ini menggelar diri mereka sebagai Youtai yang bermaksud �dari Judah� iaitu dari sebuah nama wilayah bersejarah bagi bangsa Yahudi di Asia Barat. Resam dan sikap Yahudi sangat menebal dalam diri bangsa Yahadut Mizrah, seluruh jiwa dan raga mereka seluruhnya tertumpu kepada bangsa teras mereka iaitu Yahudi.

Peta bandar Kaifeng pada tahun 1910 yang menunjukkan lokasi Kaifeng Synagogue (tempat beribadah orang Yahudi)

Kaifeng Synagogue terletak di hujung bangunan sebelah kanan

Model Kaifeng Synagogue yang terletak di Muzium Diaspora, Tel-Aviv, Israel

Dalam meniti pengertian Yahudi, kita harus merujuk kepada faktor. Bukan semua Yahudi itu Zionis. Wujud dua golongan Yahudi iaitu Yahudi Lama dan Yahudi Baru. Walaupun diberi nama Yahudi Baru, mereka sebenarnya adalah Yahudi yang tidak bercampur darah dengan bangsa-bangsa lain. Mereka masih berdarah teras yang tidak bercampur genetik dengan bangsa-bangsa lain.

Yahudi Lama merujuk kepada Yahudi yang berpegang kepada ajaran agama asal mereka dan menolak Zionisme, manakala Yahudi Baru pula merujuk kepada Yahudi yang sekular di bawah idea Zionis.

Meskipun berpegang kepada ajaran asal agama mereka, golongan Yahudi Lama bagaimanapun masih tebal terhadap sikap �ethnocentrism� yang mahu bangsa mereka terpusat sekitar sesama mereka sahaja. Ia juga bermaksud mereka masih setia dalam menjunjung ketinggian bangsa mereka melebihi bangsa-bangsa lain meskipun mereka berpegang kepada ajaran lama.

S
aksikan dokumentari pendek mengenai Kaifeng Jews di bawah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel