POLIGAMI; TIDAK BERLAKU ADIL KERANA TERIKAT PERJANJIAN

Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Soalan; Assalammualaikum.Saya ingin bertanya satu soalan. Kawan saya merupakan isteri kedua, baru2 ini berlaku sedikit pertengkaran berkaitan tanggungjawab suami. Si isteri ingin lebih perhatian malangnya Si suami tetap menyatakan tidak dapat memberikannya kerana itu sudah termasuk dalam perjanjian yg telah sama persetujui.

Jawapan;

Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah,

Related


Suami yang berpoligami wajib berlaku adil kepada kesemua isterinya. Sebarang syarat atau perjanjian dengan mana-mana pihak untuk menafikan hak pihak yang lain, syarat atau perjanjian sebegitu tidak sah di sisi syarak, wajib dibatalkan dan hendaklah kembali kepada tuntutan syarak kerana kehendak Allah mesti diutamakan dari kehendak manusia. Firman Allah (yang bermaksud); "Berlaku adillah kerana adil itu lebih hampir kepada ketaqwaan" (al-Maidah, ayat 8). Sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana lelaki yang memiliki dua isteri, lalu ia hanya cenderung kepada salah seorang sahaja dari mereka berdua, hari akhirat nanti ia akan tampil dalam keadaan senget sebelah badannya" (Sunan ad-Darimi: 2252. Abu Daud: 2133. dari Abu Hurairah RA, isnadnya soheh). Sabda Nabi SAW tentang syarat; "Sebarang syarat yang bertentangan dengan kitab Allah ia tertolak sekalipun 100 kali disyaratkan" (Musnad Ahmad; 25504, dari Aisyah RA, hadis soheh).

Wallahu a'lam.

Related Posts

0 Response to "POLIGAMI; TIDAK BERLAKU ADIL KERANA TERIKAT PERJANJIAN"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel