BILA NAFKAH IBU/BAPA MENJADI WAJIB KE ATAS ANAK?
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Update Terbaru   sumber blogBlog viral
Soalan; Assalamu alaikum Ustaz. Saya  nak tanya hukum beri nafkah kpd ibu-ayah tu wajib kan sbg anak  laki..nafkah tu mesti dlm bentuk keperluan asas ke? (duit/pakaian  lain2)..atau bole dlm bentuk lain? Sya  tahu ayah-ibu sya takde masalah dgn duit..duit dorang pun lagi byk drpd  sya..dan anak2 lain pun ada bg sumbangan sikit pd ayah-ibu. Jadi  selama ni sya bagi dlm bentuk lain..sya belikan ayahibu sebuah kereta  yg selesa utk kegunaan mereka..bulan2 sya yg bayar duit kereta ke bank..
  
  
Soalan  sya, adakah sya telah dikira menunaikan tanggungjawab memberi nafkah  kpd ayahibu sya?..atau sya tetap juga kena bg cash walaupun  sedikit?..
Mohon pencerahan drpd Ustaz ya. Terima kasih byk2.
Jawapan; 
Bismillah. Nafkah kepada ibu/bapa menjadi wajib ke atas anak jika ada dua syarat;
1. Ibu/bapa miskin (memerlukan saraan)
2. Anak mampu/berada.
Jika  ibu/bapa kaya (berada, tidak memerlukan saraan dari orang lain),  tidaklah wajib anak menafkahi mereka. Begitu juga, jika anak miskin  tidaklah dia diwajibkan menafkahi mereka kerana seseorang tidak dibebani  oleh Syarak dengan sesuatu di luar kemampuannya.
Sekalipun  tidak wajib dinafkahi kerana mereka kaya (berada), namun jika anak  ingin menafkahi/menyarai mereka atas dasar sukarela kerana ingin  berbakti kepada mereka, itu adalah langkah yang baik dan digalakkan oleh  Syarak kerana ia termasuk dalam pengertian Birru walidain (berbuat baik  dan berbakti kepada dua ibu-bapa) yang disuruh oleh al-Quran dan  hadis.
Bagi  ibu/bapa yang wajib dinafkahi, ukuran nafkah ialah al-kifayah (yakni  kadar yang menciukupi keperluan mereka). Ia merangkumi makanan asasi,  lauk, pakaian, tempat tinggal, rawatan/ubatan dan sebagainya yang  diperlukan. 
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. al-Fiqh as-Syafiie al-Muyassar, Syeikh Sayyid bin 'Abdillah at-Tidi, 211-212.
2. Hasyiyah al-Baijuri, 2/191. 
 
0 Response to "BILA NAFKAH IBU/BAPA MENJADI WAJIB KE ATAS ANAK?"
Catat Ulasan