ADAKAH DISUNATKAN BERPUASA PADA AWAL MUHARRAM (TAHUN BARU ISLAM)?
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Update Terbaru sumber blogBlog viral
Soalan; ustaz, apakah terdapat puasa yang disunatkan pada awal muharram?
Kelebihan berpuasa pada 1 muharram secara khusus tidak disebut oleh Nabi SAW dalam hadis-hadisnya, namun kelebihan berpuasa dalam bulan muharram secara umum ada disebut oleh baginda;
Jawapan;

???????? ?????????? ?????? ????????? ?????? ??????? ???????????? ?????????? ?????????? ?????? ???????????? ??????? ?????????
�Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam� (Soheh Muslim; 1163/202).
Menurut ulamak; berdasarkan hadis ini, kita digalakkan banyak berpuasa dalam bulan Muharram.
Sebahagian ulamak berkata; kelebihan bulan Muharram itu adalah kerana di dalamnya ada hari �Asyura (10 muharram). Abi Qatadah RA menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari �Asyura? Baginda menjawab;
????????? ????????? ????????????
�Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu� (Soheh Muslim; 1161/197).
Namun menurut Imam al-Qurthubi; �Kelebihan bulan Muharram adalah kerana ia merupakan awal tahun. Apabila seseorang menyambut awal tahunnya dengan berpuasa, adalah diharapkan Allah akan mencukupkannya pada bulan-bulan selebihnya. Puasa adalah antara amalan hamba yang terbaik (kepada Allah) dan pernah disebut oleh Nabi SAW sebagai dhiya� (????) yang bermaksud cahaya� (Dinaqal dari kitab; Raudhatul-Muttaqien Syarh Riyadhus-Salihien, jil. 3, hlm. 182).
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, 8/55.
2. Raudhatul-Muttaqien Syarh Riyadhus-Salihien, Syeikh Abdul Qadier 'Irfan, 3/182.
3. Al-Wajiz, Syeikh �Abdul-Aziem Badawi, hlm. 206.
0 Response to "ADAKAH DISUNATKAN BERPUASA PADA AWAL MUHARRAM (TAHUN BARU ISLAM)?"
Catat Ulasan