KADAR MASA SAHUR NABI SAW SEBELUM MASUK SUBUH (berserta AUDIO)

Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral Update Terbaru sumber blogBlog viral
Soalan; berapa kadar masa antara sahur Nabi SAW dan masuk subuh?

Jawapan;

Terdapat hadis dari Anas RA yang menceritakan; Zaid bin Tsabit RA berkata; "Kami bersahur bersama Nabi SAW, kemudian kami mengerjakan solat subuh". Aku (yakni Anas RA) bertanya; "Berapa jarak masa antara azan subuh dan bersahur itu?". Zaid menjawab; "Kadar 50 ayat (al-Quran)" (Soheh al-Bukhari; 1921).

Related


Menurut ulamak; maksud kadar '50 ayat al-Quran' ialah; kadar membaca 50 ayat yang sederhana panjang, dengan kadar bacaan yang sederhana pula (tidak terlalu laju dan tidak terlalu lambat), iaitu kira-kira 5-10 minit sebelum subuh.

Imam Ibnu Hajar menyebutkan dalam kitabnya Fathul Bari; (??? ???? ?? ??? ??? ????), iaitu kira-kira 4 minit (Fathul Bari, syarah hadis ke 1921). Menurut Syeikh Bin Baz; 5-10 minit. Menurut Syeikh Ibnu Uthaimin; kira-kira 6 minit (berdasarkan pembacaannya sendiri bagi 50 ayat tersebut).

Wallahu a'lam.

Tambahan; dengar rakaman audio; (klik)

Rujukan;

1. PANDUAN KESEMPURNAAN PUASA, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil.

Layari; http://alampenulisan.blogspot.my/ untuk mengetahui buku-buku tulisan Ustaz AHMAD ADNAN FADZIL.



Related Posts

0 Response to "KADAR MASA SAHUR NABI SAW SEBELUM MASUK SUBUH (berserta AUDIO)"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel